Isnin, 5 Mac 2012

Kerja.....Oh Kerja!!!!!!

                               


                              


     Kita belajar tinggi2 untuk KERJA @ belajar untuk tambah ILMU?? sila jawab!!!!!
Jawapan yang tepat adalah kita belajar untuk bekerja pada masa depan......Sekarang ni dah masuk 6 - 7 kali aku pergi temuduga tapi belum ada satu pun yang sangkut (belum ada rezeki lagi).....sabarrrrrrrr........sepanjang 26 tahun aku hidup ni dah macam2 kerja aku buat.....kerja pertama aku lepas tamat SPM 2003......aku kerja sebagai...

kerja kontrak ubahsuai bangunan Poleteknik Kota,K.Terengganu

                          

Antara tempatyang pernah aku kerja seperti:-

                   
                         Pizza Hut ( sebagai pelayan dan barista di B.Baru Bangi)


                             
                                                      Secret Recipe

                                   
                                    Aura Roboclean Malaysia ( Product Consultant )

dan sekarang..........

               
                    CIMB Bank Putrajaya ( sebagai penasihat pinjaman peribadi )


Tapi pencarian kerja yang betul-betul aku idamkan belum ku temui dan aku masih mencari..........Semoga ALLAH kuatkan semangatku untuk terus berusaha....amin.......

Ahad, 8 Januari 2012

Dato Dr Hassan Ali dipecat daripada PAS.....



Assalamualaikum.....

        Kenyataan media oleh Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang pemecatan Dato Dr Hassan Ali pada petang tadi menandakan secara rasminya Dato Dr Hassan Ali dipecat daripada PAS. Saya secara peribadinya agak mengagumi keperibadian dan semangat keislaman yang ada pada Dato Dr Hassan Ali sejak dari bangku sekolah lagi. Dengan program motivasi dan bengkel pembentukan akhlak pelajar-pelajar dari peringkat rendah hingga peringkat menengah banyak membantu pelajar membina jatidiri dan sahsiah yang unggul. Tetapi sejak memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan Exco Negeri, banyak percanggahan pendapat dan isu-isu yang ditimbulkan oleh Dato Dr Hassan Ali yang kadang-kadang agak menimbulkan keributan dikalangan pendokong Pakatan Rakyat.

      Walaupun telah berbincang dan mengadakan pertemuan dengan Tuan Presiden dan Mursyidul Am PAS, tapi Dato Dr Hassan Ali tetap juga mengeluarkan kenyataan di media "musuh" yang banyak merugikan Pakatan Rakyat. Setiap isu yang timbul seharusnya dibincangkan secara baik dan bukannya dengan cara menghebohkan secara umum. Oleh kerana itu, satu tindakan tegas telah diambil hasil mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat pada 8/01/2012 dengan memecat keahlian Dato Dr Hassan Ali di dalam PAS. Dato Dr Hassan Ali seharusnya ingat, perjuangan dalam jemaah Islam bukan perjuangan individu tetapi perjuangan bersama dan sebarang perkara yang boleh memudarat dan merugikan jemaah Islam hendaklah di ambil tindakan samada dengan langkah yang lembut ataupun langkah yang tegas......Semoga Dato Dr Hassan Ali belajar daripada kesilapan dan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak sekapal dengan PAS lagi......

Wallahualam.....


KENYATAAN MEDIA PAS
Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. 





Khamis, 5 Januari 2012

Salam taaruf buat semua.....






Assalamualaikum..............

         Alhamdullillah.....akhirnya dapat juga aku create satu blog untuk diri aku walaupun dah berbulan rasanya tertangguh kerana "busy melampau". Aku harap dengan terciptanya ruangan ni dapatlah aku kongsi segala macam cerita, idea, pengalaman atau apa-apa saja pekara positif dan bermanfaat untuk semua. Aku juga berharap kawan-kawan semua boleh bagi tunjuk ajar untuk memantapkan lagi pengisian dalam ruangan ni.....Kerjasama dari semua amat dihargai....Ten Q......